Get ISLAMIC-Graphics

Wednesday 4 January 2012

hiBuR + PenghiBuR = hiBuRan

Dewasa ini dapatlah kita lihat setiap hari pelbagai warna-warni hiburan nyanyian di kaca televisyen.

Mula-mula kita disajikan dengan hidangan hiburan  
MENTOR, AKADEMI FANTASIA, ONE IN A MILIONARE.



Golongan si adik kecil pula jealous tengok kakak abang masuk TV.

Adik nak jugak!!


Kemungkinan mereka memegang pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, tibalah musim  
IDOLA KECIL, BINTANG KECIL

Alahai adikku sayang~



Bila bang long, kak ngah, adik masuk TV…

Mak, ayah, tok mummy, tok daddy pun teringin.
Teringat kata sitcom Puteri  
Hidup ini cuma sekali, so kita ENJOY!!”

Akhirnya lahirlah rancangan KILAUAN EMAS yang khas ditaja oleh Polident.




Baju ketat, padat, dengan solekan yang tebal. Adik-adik pula diajar memakai baju yang terdedah sana-sini.
Alahaiiiiiiii…apo nak jadi?

Tidakkah kita sedar bahawa kita menuju ke lembah kehancuran?
Salah satu senjata Yahudi untuk menghancurkan umat Islam adalah melalui hiburan. Negara kita banyak mengikut-ikut cara dan hiburan Barat. Kononnya tidak mahu digelar
“kuno, ketinggalan zaman”.


Sungguh mengecewakan, mengapa majoritinya daripada orang Melayu yang beragama Islam berebut-rebut masuk pertandingan ini?
Di mana golongan bangsa lain?


Salah satu alasan mereka adalah untuk mengubah nasib keluarga. Cari kerja susah.

Alahaiiiii..siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Timbullah kesedaran dalam diri salah seorang penerbit dan penganjur untuk menyiarkan rancangan realiti berbentuk islamik.


AKADEMI AL-QUR'AN,IMAM MUDA, SOLEHAH, 
USTAZAH PILIHAN

 


Alhamdulillah, terasa lega sedikit di hati melihat anak-anak muda berdakwah siap hafal ayat al-Qur'an dan Hadis lagi..
Sejuk perut mak ngandungkan ekau 9 bulan..


Eh3..ada juga terdengar desas-desus suara sumbang yang mengatakan:
“alaaa..nak tunjuk dia alim la tu”
“entah dia ikhlas ke tak tu, hipokrit lebih”


Ya Allah, kenapa kita suka mempertikaikan perkara-perkara yang ma'ruf.
dan kita buat-buat seperti tidak ambil kisah, pandang sebelah mata terhadap perkara-perkara yang mungkar,maksiat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 216 yang bermaksud:
"Tetapi boleh jadi kamu tidak suka sesuatu, padahal itu baik untukmu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...