Get ISLAMIC-Graphics

Sunday 5 February 2012

SyukuR alhaMdulillah..

dulu masa kecik-kecik, 
aku paling suka bila dapat kalendar baru.. 
aku mesti pangkah kat tarikh-tarikh birthday family aku. Mak aku pulak jenis hari-hari tengok kalendar..
so mak aku jadi orang first yang wish birthday..terharu beb!
hehe..


5 Februari 2012
tarikh yang sungguh bermakna dalam hidupku dengan penuh kegembiraan, kesyukuran...
Alhamdulillah..


sebelum ni birtday aku asyik time 
musim Chinese New Year..
kadang-kadang jatuh pada hari Thaipusam...aiyaaarkk!!
betul2 semangat 1 Malaysia.. hehe..


tapi Alhamdulillah,tahun ni aku gembira sangat 
sebab birtday aku jatuh pada 12 RABI'ULAWAL di mana ia 
merupakan hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Semua umat Islam beramai2 berselawat atas baginda..




pejam celik pejam celik, tido bangun, tido bangun..
eh3...da 22 tahun da um0 aku tahun ni..

tapi kenapa ramai tak percaya aku da 20-an??

ada yang cakap aku macam budak Form 4..waahhh...!!

adakah sebab aku ni mempunyai muka yang awet muda?

atau disebabkan ketinggian aku sama tinggi mcm icebox umah aku?
atau sebab aku ni perangai macam kebudak-budakan??


*normal la tu beb! da aku ni anak bongsu..mesti la kecik, rendang, comel kn?hihi..

arghh...i don't care what u say about me..


walaupun kdg2 aku terasa gak..huhu..

maklumlah adik-beradik, sepupu sepapat aku semua tinggi2 belaka..

nyesal gak dulu tak dengar cakap mak aku suh makan banyak2..
kan da kurang kalsium..

takpe la, janji aku tak kurang kasih sayang da laa..


Ehm..bila kita cakap BIRTHDAY je, mesti mentaliti kita cakap
kalau birthday je mesti wajib ada benda2 camni time celebrate..


:: kek birthday  :: lilin  :: belon  :: hadiah  :: lagu



adakah kita tahu apa sebenarnya hukum celebrate hari lahir? 
meh, kita tonton dan dengar kuliah ustaz Azhar Idrus tentang hukum sambut Hari Lahir..





tahun lepas, aku dapat 2 kek ngan hadiah daripada family tersayang.. suke3..hihi..


tahun ni pulak abang yus nak belikan kek favourite aku tapi 
aku tak nak 
**jual mahal la konon!hehe..


tapi semalam semalam lagi (kelmarin), abang yus belanja aku 2 set Pizza Hut..
tak sempat nak amik gambo sebab da tergoda ngan cheese pizza..
da abis makan, baru teringat...hehe...
thanks abg yus!


siang tadi bonda tersayang masakkan aku 
NASI TOMATO.
wahhh...da lama aku ngidam nak makan nasi tomato ni..


kat kafe2 susah nak beli nasi tomato..so kat sana asyik makan nasi goreng kampung @ nak lagi glemer kadang2 aku makan nasi goreng Thailand ke nasi goreng USA. **tak dapat gi Thailand,gi USA, makan nasi goreng pun jadik laa..huhu..


Haaa..nilah NASI TOMATO yang siap dimasak dengan penuh KASIH SAYANG oleh Chef Ju yang ditolong tengok oleh aku.hoho..




nasi tomato yang secukup rasa, pencok yang kemanis-manisan, ayam merah yang kepedas manis2 & ayam kicap yang kehitaman..
siyesss...memang sedaaaaaap laa...


sesungguhnya masakan ibu adalah masakan paling besh dan sedap di dunia.. 
kalah MASTERCHEF  dan JUARA KAMPUNG!


bertambah sedap bila dapat berkumpul & makan beramai-ramai bersama family tapi  aid sorang je takde..huhu..


siyes! aku terharu sangat bila abang yus doa sempena hari ulangtahun perkahwinan kelahiran aku pastu diaminkan oleh mak, abang, akak2 ipar & anak2 sedara aku..


pastu petang pulak abang yus belikan air tebu.
sedaaaaaaaaaaaap, maniiiiiiiiiiiiss.. suke3..sebab aku memang teringin sangat nak minum air tebu..hehe..


lebih kurang camnilah air tebu Batu Pahat..hihi..


Alhamdulillah, segala keinginan nafsu makan minum aku akhirnya telah dipenuhi..!! huhu..


malam pulak, SURPRISE!!!
kak zue belikan BIG APPLE..
12 keping yang sungguh berwarna-warni ngan 
rasa yang sedaaaaap sangat.






syukran jazilan kathira~ 
barakallahu fiikum..!!


aku bersyukur sangat2 sebab aku mempunyai keluarga yang sangat  menyayangi aku dan sentiasa berada di sisi aku time aku happy, sedih... Alhamdulillah..


dulu aku cemburu sangat2 bila kawan aku ada kakak..
sebab tu aku rapat sangat ngan mak aku sebab
dialah ibu dan sahabat karib yang berkongsi rahsia peribadi aku, temankan aku ke sana ke sini..

tapi Alhamdulillah, sekarang ni aku ada 3 abang, 3 kakak ipar (termasuk sorang bakal akak ipar bulan 6 ni) dan 3 anak sedara(termasuk sorang bakal lahir bulan 7 ni).





tak sabo rasanya nak tunggu raya 2012 sebab 
insya'Allah ahli keluarga aku makin bertambah..
dengan kehadiran Abdul Fattah,kak lin,adik baru aiman,
dan kemunculan zauj aku..oppps.... *just kidding..hihihi..


sapa2 yang tak mengenali diriku mesti tercari2, tertanya2 di mana ayahandaku???

sebenarnya da masuk 11 tahun ayahandaku telah kembali ke rahmatullah pada 09 April 2001.





Hanya ku mampu ucapkan syukur Alhamdulillah..TERIMA KASIH ya Allah kerana memberi aku kesempatan dan peluang untuk aku bernafas...


jutaan TERIMA KASIH kepada bondaku kerana mengandungkanku selama 9 bulan, melahirkanku, menjagaku, mendidikku, melindungiku, menjaga makan minum pakai, melayan karenahku. juga AL-FATIHAH kepada Allahyarham ayahandaku kerana tanpa bapa, mungkin kte tak wujud kat dunia ni..

juga ribuan TERIMA KASIH pada abang yus & kak zue, mirul & kak hawa, aid, kak lin, fattah, aiman dan semua sahabat-sahabat yang wish dan celebrated my birthday. 

LOVE YOU SO MUCH!!!!

2 comments:

  1. Selamat hari lahir Saidatun.. Moga iman & amal juga brtambah seiring dgn brtambahnya usia..

    ~Teringat waktu arwah ayah Saidatun masuk kelas jumpa Cikgu Saanah waktu kita darjah 5. Klo x silap waktu tu ayah Saidatun pesan kat cikgu supaya tolong tengokkan2 Saidatun & jaga Saidatun.. Beberapa minggu atau bulan lepas tu dpat berita ayah kamu meninggal.. Turut bersedih time tu..

    Huhu.. Sori la kalau tersensitif pulak komen nie.. Just nak share je.. Nice blog!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...