Get ISLAMIC-Graphics

Saturday 17 December 2011

tuNang VS NikAh


Rasanya semua orang tahu apa itu TUNANG, apa itu NIKAH.

Golongan kanak-kanak ribena pun apa kurangnya. Kadang-kadang lagi advanced dari kita. Teringat dulu masa umur 5 tahun, sepupu ajak "jom main kahwin-kahwin, nak?"


Permainannya hanyalah dikehendaki duduk sopan-sopan, tangan letak kat riba lagak seperti bersanding siap ada acara renjis merenjis, menep0ng tawar lagi. 
nasib baik tak jemput tok kadi..haha..


senangnya dalam hati, bila beristeri dua..seperti dunia ana yang punya! hehe
Ada juga terdengar kes kecil-kecil lagi sudah rasmi menjadi tunang orang? Eh, camne tu?


Apa yang saya faham ialah ada sesetengah ibu bapa bersetuju sesama mereka untuk menyatukan anak-anak mereka. Alasannya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan. Selalunya berlaku dalam kalangan rakan perniagaan. 
Yang menjadi mangsanya adalah anaknya. Kalau mereka serasi bersama, Alhamdulillah tapi kalau sebaliknya.....??


Ehm..kita berbalik kepada tajuk entry kali ini, apa dia isu di sebalik TUNANG VS NIKAH?
kena baca sampai habis, baru boleh faham.. ^_^


Kalau difikirkan secara tersurat, kira eloklah bila di TUNANGkan dan diNIKAHkan..
jadi apa lagi yang menjadi isu??

Sebelum itu, kita kena tahu dulu adat resam dan prosedur-prosedur sebelum bertunang iaitu:

1. Meninjau
2. Merisik
3. Melamar
4. MeMINANG



ZAMAN DAHULU... 


bakal tunang lelaki  TIDAK BOLEH  langsung ada di majlis pertunangan. Tapi kalau pihak keluarganya tidak tahu rumah pihak perempuan, maka dia bolehlah hantar tunjuk jalan kemudian duduk dalam kereta diam-diam (dengar radio ke tidur ke). Memang tidak dibenarkan langsung untuk tunjukkan muka walaupun sudah selesai majlis tunang…

TAPI ZAMAN SEKARANG...

aii...siap bergambar berdua-duaan, berpakaian sedondon siap ada pelamin yang berwarna-warni. Sekali pandang persis majlis perkahwinan pulok..majlis pertunangan je kottt..



kadang-kadang jadi keliru apabila melihat gambar-gambar di  facebook,  "eh, dia dah kahwin ke? Laaa..baru tunang rupanyaa..''


Ya, betul..itu hanyalah adat semata-mata melarang si lelaki untuk turut serta dalam majlis pertunangan. TAPI title TUNANG adalah BUKAN bermaksud bebas, boleh berdua-duaan tanpa batasan melainkan sudah sah bernikah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan”
                                                        
Jadi, isunya sekarang ialah zaman sekarang dah jadi macam TREND pulak.. invite kawan-kawan kat event Facebook, yang golongan artis pula siap jemput wartawan bagai untuk masuk televisyen. Masing-masing kepoh (sibuk) heboh-hebohkan mengenai majlis pertunangan.


Ada juga yang berkata: "Benda baik tidak elok dirahsiakan.  Salah ke saya beritahu?


Saudara seIslamku, 
janganlah kita mempersoalkan lagi. Sudah terang lagi bersuluh Rasulullah SAW sendiri yang sabda. Kita mengaku kita sayangkan Rasulullah SAW, tapi mengapa kita agak sukar untuk  ikut apa yang baginda suruh. Mungkin kerana ia berlawanan dengan kehendak kita?


Masyarakat sekarang cuma ikut bila nak bernikah:
"Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

Tapi kenapa yang hal pertunangan tidak ikut?


adakah sebab:
  • mahu GLAMOUR? Mahu PUJIAN?
  • Mahu menunjuk-nunjuk pada kawan-kawan yang kita sudah ada orang cop?
  • Mahu menunjuk-nunjuk pasangan kita hensem / cantik/ comel??


 Bila putus tunang, nak sorok muka kat mana?? orang ramai dah maklum da anda bertunang.. hanya mampu berkata "kami redha kami tiada jodoh"




Apa-apa yang Rasulullah SAW suruh bukannya saja-saja tapi ada hikmah di sebaliknya.


Antara salah satu hikmah merahsiakan pertunangan ialah untuk mengelakkan hasad dengki orang lain. Maklumlah zaman sekarang yang serba canggih ni, makin banyak kes sihir, santau.  Semuanya berpunca daripada hasad dengki yang tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain. 

That's why, baginda suruh kita rahsiakan pertunangan.


p/s:  "Telanlah walaupun pahit"

RIBA' ITU HARAM





Bila kita sebut pasal riba’ je, automatik di minda kita mesti terbayang DUIT, PINJAMAN BANK , HUTANG ALONG

tapi kenapa pula ada gambar hantaran kawin pulak ni?? Salah attach gambar ke ni?



Haa..ini mesti nak sentuh tentang hantaran mahal macam nak jual anak? Eh, tapi apa pula kena mengena dengan RIBA'???

Semua itu salah. cuba teka lagi..hehe..

Baiklah, sama ada kita sedar ataupun tidak, sebenarnya riba’ boleh berlaku dalam hantaran.

alahai, confius den .. cubo ekau cakap biar terang ckit.. heee~


Inikah yang dikatakan isu dakwah yang masyarakat kadang-kadang tidak sedar.


Riba’ yang dimaksudkan ialah riba’ al-Qardh iaitu apabila hadiah yang diberi bersyarat atau dibayar juga dengan hadiah.


Bagaimana ia boleh berlaku??

Untuk tidak memeningkan lagi, saya bawakan satu contoh ringkas lagi simple. Begini ceritanya:

Pengantin lelaki dan wanita bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan 5 dulang hantaran bernilai RM1000, manakala pihak wanita pula bersetuju dengan balasan 9 dulang bernilai RM1300.


Haa..inilah yang dikatakan berlaku syubhah riba’ al-Qardh sebab kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga tertentu iaitu RM1000 berbalas RM1300.


TETAPI,

jika kedua-dua pihak TIDAK berpakat berkaitan harga dan hanya menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, ia adalah harus.


Yang menjadikannya HARAM adalah persetujuan WANG berbalas WANG yang lebih banyak.





boleh ke tidur SELEPAS subuh?


Sudah menjadi kebiasaan sesetengah orang akan tidur selepas solat Subuh, lebih-lebih lagi  pada hari cuti.

A: "eh, nape tak reply mesej aku pagi tadi?"
B: "Aku TERtidur ar.."


Aktiviti ini selalunya digemari oleh golongan pelajar-pelajar kerana daripada hari Isnin hinggalah hari Sabtu, busy sangat-sangat dengan homework, kelas tambahan sampai kadang-kadang tiada waktu rehat yang mencukupi. 
BETUL KE? tepuk dada tanya iman..hehe..

sambung mimpi tadi.. zzZZZ
Pada pendapat anda, adakah dibolehkan dalam Islam tidur selepas Subuh?
"apa salahnya?kan den dah solat Subuh..tido jap je"

Menurut ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani:


"Tidak ada dalil yang melarang untuk tidur selepas solat Subuh. Jadi amalan tersebut kembali kepada hukum asal iaitu semua perkara adalah mubah iaitu harus dan tidak berdosa jika tidur selepas solat Subuh".


Haa...apa senyum-senyum tu? Suka la tu.. ^_^

Namun begitu, terdapat beberapa keburukan jika diamalkan.


“Orang yang tidur selepas solat Subuh akan dipayahkan rezeki untuknya”  -Ibn Abbas r.a.


"Boleh menyebabkan pelbagai penyakit antaranya melemahkan syahwat. Salah satu punca rosaknya hati ialah banyak tidur dan tidur pada waktu yang merosakkan seperti selepas Subuh dan Asar."  -Ibn Qayyim.


Daripada Sakhr al-Ghamidi, Rasulullah SAW berdoa:


“YA ALLAH, BERKATILAH UMATKU PADA WAKTU PAGI”

Adalah dengan elok, kita memanfaatkan waktu pagi dengan amalan baik seperti membaca al-Qur’an, berzikir, bersenam dan seumpamanya. Bersyukurlah kita kerana Allah SWT masih memberi peluang kepada kita hidup bernafas di muka bumi ini.




p/s:  Syukur sangat sebab sem ni setiap hari kelas start pukul 8 pagi..so kuranglah aktiviti tidur selepas Subuh.. hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...