Get ISLAMIC-Graphics

Tuesday 6 December 2011

COMPLAINT !

b0sannya hari2 makan lauk yang sama..! muka pun da rupa macam brokoli..!
Eeeii, MASINnyee!! Lori garam accident ke ni?? tidak sedap lah!!

Kita semua mesti pernah dengar luahan rasa macam kat atas ni?? Betul tak?? 
Ataupun kita sendiri pernah kot melafazkan kata-kata sebegitu.. (muhasabah sebentar) Astaghfirullahal 'azim..

Secara umumnya, lidah manusia mempunyai  deria rasa yang boleh merasa pahit, masam, masin, manis.. berSYUKUR lah kita sebab boleh merasa pelbagai jenis rasa makanan, minuman dalam dunia ni.. Ada orang yang kehilangan deria rasa, semua yang dia makan rasa sama sahaja. Hilang nikmat dia merasa pelbagai masam manis kehidupan. hehe..





Eh..kita bukan nak story pasal lidah lah..kita nak story pasal MAKAN..makan??nyum3..

"makan untuk hidup" atau "hidup untuk makan" ??
 

Siapa yang tidak suka makan??sampaikan SUP LIDAH  pun menjadi kegemaran sesetengah orang..hoho…


Sabda Rasulullah SAW:
 "Rasulullah S.A.W tidak pernah mencela makanan, apabila berselera maka Baginda akan makan, jika tidak Baginda tinggalkan." - Muttafaq; Bukhari (5409), Muslim (2064).

jadi, apa isunya??

isunya ialah seperti sudah menjadi kebiasaan manusia suka merungut atau dengan  bahasa omputihnya “complaint” atau dengan bahasa lembutnya menghina atau mencela makanan.

tidak percaya??

lihat sahaja drama-drama atau rancangan MASTERCHEF atau iklan-iklan..  ada saja yang tidak kena..


Kita seolah-olah seperti tidak mensyukuri nikmat daripada Allah SWT. Apalah salahnya kita mengikut cara Rasulullah SAW. Kalau kita tidak suka makanan itu, kita jangan ambil, tinggalkan sahaja. 




LIHATLAH negara-negara lain seperti SOMALIA misalnya yang rakyatnya yang kebuluran kerana kekurangan sumber makanan.





Marilah kita sama-sama menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. 

Sedarlah…bahawa kita ini bernafas kerana dengan ihsan daripada Allah SWT. 

p/s:  لا تنسى أبدا ذكر الله


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...