Get ISLAMIC-Graphics

Saturday 17 December 2011

boleh ke tidur SELEPAS subuh?


Sudah menjadi kebiasaan sesetengah orang akan tidur selepas solat Subuh, lebih-lebih lagi  pada hari cuti.

A: "eh, nape tak reply mesej aku pagi tadi?"
B: "Aku TERtidur ar.."


Aktiviti ini selalunya digemari oleh golongan pelajar-pelajar kerana daripada hari Isnin hinggalah hari Sabtu, busy sangat-sangat dengan homework, kelas tambahan sampai kadang-kadang tiada waktu rehat yang mencukupi. 
BETUL KE? tepuk dada tanya iman..hehe..

sambung mimpi tadi.. zzZZZ
Pada pendapat anda, adakah dibolehkan dalam Islam tidur selepas Subuh?
"apa salahnya?kan den dah solat Subuh..tido jap je"

Menurut ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani:


"Tidak ada dalil yang melarang untuk tidur selepas solat Subuh. Jadi amalan tersebut kembali kepada hukum asal iaitu semua perkara adalah mubah iaitu harus dan tidak berdosa jika tidur selepas solat Subuh".


Haa...apa senyum-senyum tu? Suka la tu.. ^_^

Namun begitu, terdapat beberapa keburukan jika diamalkan.


“Orang yang tidur selepas solat Subuh akan dipayahkan rezeki untuknya”  -Ibn Abbas r.a.


"Boleh menyebabkan pelbagai penyakit antaranya melemahkan syahwat. Salah satu punca rosaknya hati ialah banyak tidur dan tidur pada waktu yang merosakkan seperti selepas Subuh dan Asar."  -Ibn Qayyim.


Daripada Sakhr al-Ghamidi, Rasulullah SAW berdoa:


“YA ALLAH, BERKATILAH UMATKU PADA WAKTU PAGI”

Adalah dengan elok, kita memanfaatkan waktu pagi dengan amalan baik seperti membaca al-Qur’an, berzikir, bersenam dan seumpamanya. Bersyukurlah kita kerana Allah SWT masih memberi peluang kepada kita hidup bernafas di muka bumi ini.




p/s:  Syukur sangat sebab sem ni setiap hari kelas start pukul 8 pagi..so kuranglah aktiviti tidur selepas Subuh.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...