Get ISLAMIC-Graphics

Saturday 17 December 2011

RIBA' ITU HARAM





Bila kita sebut pasal riba’ je, automatik di minda kita mesti terbayang DUIT, PINJAMAN BANK , HUTANG ALONG

tapi kenapa pula ada gambar hantaran kawin pulak ni?? Salah attach gambar ke ni?



Haa..ini mesti nak sentuh tentang hantaran mahal macam nak jual anak? Eh, tapi apa pula kena mengena dengan RIBA'???

Semua itu salah. cuba teka lagi..hehe..

Baiklah, sama ada kita sedar ataupun tidak, sebenarnya riba’ boleh berlaku dalam hantaran.

alahai, confius den .. cubo ekau cakap biar terang ckit.. heee~


Inikah yang dikatakan isu dakwah yang masyarakat kadang-kadang tidak sedar.


Riba’ yang dimaksudkan ialah riba’ al-Qardh iaitu apabila hadiah yang diberi bersyarat atau dibayar juga dengan hadiah.


Bagaimana ia boleh berlaku??

Untuk tidak memeningkan lagi, saya bawakan satu contoh ringkas lagi simple. Begini ceritanya:

Pengantin lelaki dan wanita bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan 5 dulang hantaran bernilai RM1000, manakala pihak wanita pula bersetuju dengan balasan 9 dulang bernilai RM1300.


Haa..inilah yang dikatakan berlaku syubhah riba’ al-Qardh sebab kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga tertentu iaitu RM1000 berbalas RM1300.


TETAPI,

jika kedua-dua pihak TIDAK berpakat berkaitan harga dan hanya menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, ia adalah harus.


Yang menjadikannya HARAM adalah persetujuan WANG berbalas WANG yang lebih banyak.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...